Skip to main content

Memaparkan default value pada select option(dropdown)

Untuk memaparkan default value dropdown pada borang di dalam view, gunakan arahan

@selected($borang->nilai == $dropdown->nilai)

sebagai contoh, katakan kita mempunyai table Lokasi yang menyimpan lokasi fail seperti di bawah:

SkemaData
Lokasi
id (int)
nama (string)
idnama
1Rak A, Bilik Fail
2Rak B, Bilik Fail
3Rak A, Stor Fail

Di bawah pula table Fail yang menyimpan senarai fail beserta lokasinya:

SkemaData
Fail
id (int)
no_fail (string)
tajuk_fail(string)
lokasi_id(int)
idno_failtajuk_faillokasi_id
1ABC/2023/001Projek Simulasi2
2ABC/2023/002Pembelian Alatganti1
3ABC/2024/001Sistem POS2

Katakan kita ingin mengemaskini data id=2 untuk table Fail. Berikut adalah contoh kod blade untuk borang kemaskini tersebut:

image.png